Selasa, 14 September 2010

Fungsi Alatan Jahitan

1. Benang Jahit
Terdapat dalam pelbagai warna mengikut warna kain yang hendak dijahit. Benang akan digunakan untuk jahitan tangan dan juga jahitan mesin. Gunakan warna benang yang sama untuk menjahit pakaian ataupun warna yang lebih lembut. contoh benang putih untuk menjahit kemeja sekolah. Semasa menjahit lilitkan benang dan selitkan hujungnya agar tidak bersimpul.


2. Jarum Tangan
Jarum yang tirus dan tajam. Jarum yang selalu digunakan adalah bernombor 7, 8 dan 9. Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada kain. Jarum yang kasar dan panjang digunakan untuk menjahit pada kain yang tebal sementara jarum yang halus untuk menjahit kain nipis dan lembut. Angka 9-10 untuk kain yang halus, angka 12-14 untuk kain sederhana dan angka 14-16 untuk kain yang tebal. Jarum yang patah dan tumpul jangan dibuang merata-rata. Simpan jarum dalam bekasnya supaya tidak berkarat. Semasa digunakan, cucuk di kusion jarum.

3. Gunting Kain
Digunakan untuk menggunting kain. Ukuran panjang biasa dalam 20 cm. Sebelah mata gunting berbentuk bulat, sebelah mata runcing. Untuk gunting tahan lama, elak daripada jatuh dan tidak digunakan untuk menggunting benda lain seperti kertas. Minyakkan sendi-sendinya selalu. Simpan dalam sarung atau kotak gunting. Menggunting dengan berhati-hati supaya kain yang digunting berdasarkan pola yang dikehendaki. Ketika menggunting kain, mata gunting menghala ke hadapan supaya tidak mendatangkan kecederaan pada diri sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan