Khamis, 10 September 2009

Pengenalan:
Murid-murid pendidikan khas terdiri dalam pelbagai kategori ketidakupayaan berbanding dengan murid kelas aliran perdana. Mereka sukar memberi tumpuan agak lama ketika pengajaran guru. Justeru itu, murid-murid khas memerlukan banyak aktiviti, kaedah dan teknik mengajar yang berkesan dengan masalah mereka secara individu.

Objektif:
Objektif blog ini adalah untuk membolehkan murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran dapat mengikuti pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah elektronik dan web dengan bermakna dan menggembirakan. Disamping itu bahan-bahan yang disediakan membolehkan murid dapat:
  • mengenalpasti alatan menjahit untuk jahitan tangan seperti yang terdapat dalam sukatan kurikulum kemahiran hidup pendidikan khas.
  • kemahiran asas menjahit yang diperlukan dalam kehidupan harian murid seperti menampal pakaian, membaiki pakaian tetas, butang longgar atau tertanggal.

  • membuat persediaan awal sebelum kelas dengan merujuk topik yang akan dipelajari melalui blog.

  • belajar sambil bermain dengan mengikuti aktiviti permainan melalui pautan yang disediakan.

  • meningkatkan pengetahuan murid dengan membuat latihan-latihan yang disediakan berdasarkan topik pelajaran.

  • menghasilkan kerja tangan berasaskan jahitan seperti projek artikel mudah melalui panduan yang disediakan.

Contoh hasil kerja jahitan yang berjaya dihasilkan oleh murid Kelas 9,

PIPKBP SK.Datin Khadijah

Rabu, 9 September 2009

Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Jahitan

Kaedah dan teknik pengajaran bagi murid PIPKBP

Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menghadapi pelbagai cabaran untuk mengajar Kemahiran Hidup kepada murid-murid khas. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah mengeluarkan Buku Panduan Kemahiran Hidup (Jahitan) yang dapat membantu guru merancang, melaksana serta menilai proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan untuk mencapai matlamat kurikulum pendidikan khas. Berdasarkan sukatan pelajaran, bagi komponen jahitan PKBP, antara tajuk yang perlu dikuasai oleh murid ialah:
  1. Mengenal alatan jahitan
  2. penggunaan alatan jahitan
  3. keselamatan di bilik atau bengkel jahitan
  4. kebersihan bilik jahitan
  5. jahitan asas
  6. hasil kerja tangan / artikel mudah
  7. projek jualan hasil kerja jahitan

Kemahiran jahitan dapat membolehkan murid-murid khas mempunyai kemahiran asas jahitan yang diperlukan dalam kehidupan harian. Contohnya untuk membaiki pakaian yang koyak dan tetas, menampal, menjahit butang dan kancing yang tertanggal, membuat artikel mudah dan jika boleh dapat menjahit pakaian sebagai satu kerjaya pada masa depan. Oleh itu untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru supaya murid dapat menguasai kemahiran ini. Antaranya ialah:

  1. Belajar sambil bermain - mengenali alatan asas jahitan
  2. Latih tubi - menamakan alatan, menyebut nama alatan, memperkenalkan alatan melalui gambar, objek sebenar, memadankan gambar, memadankan gambar dengan perkataan.
  3. Tunjuk cara - mengenal bahagian-bahagian alatan, mengetahui fungsi alatan, mengetahui cara menggunakan alatan yang betul, cara penjagaan alatan
  4. Soal jawab - mengemukakan soalan
  5. Perbincangan - menerangkan peraturan, cara penggunaan, keselamatan penggunaan
  6. Amali - menggunakan alatan, menjaga alatan, mematuhi arahan dan peraturan
  7. Lawatan sambil belajar - pergi ke kedai alatan menjahit, kedai kraftangan, pameran hasil kerja jahitan
  8. Projek jahitan - menghasilkan artikel mudah, jahitan hiasan, mempamer hasil kerja jahitan, menjual hasil kerja murid

Selasa, 8 September 2009

Gambar Artikel Mudah

Sarung tangan ketuhar
Poket serbaguna

Dompet


Sapu tangan

Sarung kusyen
Apron



Latihan soalan 2


Arahan: Nyatakan betul ( /) atau salah ( X) bagi kenyataan berikut:

1. Jahitan sementara adalah terdiri daripada jenis-jenis jelujur ( ...... )
2. Jahitan jelujur tidak ditanggalkan apabila mata jahitan kekal dijahit ( ...... )
3. Terdapat lima jenis jahitan jelujur ( ...... )
4. Jahitan penyambung adalah kekal dan dijahit dengan kukuh ( ...... )
5. Jahitan hiasan dikenali juga sebagai jahitan sulaman ( ...... )
6. Jahit sembat susup adalah jahitan yang kecil, halus dan seakan
membentuk 'V' ( ...... )
7. Benang yang digunakan tidak perlu padan dengan kain yang dijahit dan
warnanya ( ...... )
8. Gunakan saiz jarum dan jenis benang betul untuk kain yang dijahit ( ...... )
9. Pita ukur digunakan untuk mengukur badan dan kain ( ...... )
10. Buangkan jarum yang telah bengkok, berkarat atau tumpul ( ...... )

Latihan Soalan 1

LATIHAN A
Arahan: Namakan alatan berikut dengan betul.








LATIHAN B
Arahan:
  • Cari 10 gambar alatan menjahit dari laman web
  • Cetak gambar tersebut
  • Tampalkan gambar dalam buku latihan murid
  • labelkan setiap gambar dengan perkataan yang betul
  • hantar buku latihan kepada guru

Jenis-jenis jahitan

Jahitan boleh dibahagi kepada 4 kumpulan seperti berikut:
1. Jahitan sementara
a) jelujur tanda
b) jelujur tak sama
c) jelujur kasar (jelujur sama)
d) jelujur panjang pendek
e) jelujur tegak

2. Jahitan penyambung
a) jahit mesin
b) jelujur halus
c) jahit kia
d) jahit lilit ubi

3. Jahitan pengemas
a) jahit sembat
b) jahit sembat susup
c) jahit lilit kemas
d) jahit insang pari
e) jahit silang pangkah
f) jahit lubang butang

4. Jahitan hiasan atau sulaman
a) jahit rantai
b) jahit simpul perancis
c) jahit silang pangkah
d) jahit insang pari

Isnin, 7 September 2009

Cara-cara menjahit butang

1. Masukkan jarum dari sebelah dalam


2. Cucukkan jarum ke dalam lubang butang


3. Cucukkan jarum ke sebelah dalam


4. Kemaskan lilitan pada butang


6. Matikan jahitan dengan jahit kia

7. Guntingkan lebihan benang



8. Butang yang telah dijahit




Alatan menjahit

gunting

kain


jarum jahit


benang


kotak jahit