Guru Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran menghadapi pelbagai cabaran untuk mengajar Kemahiran Hidup kepada murid-murid khas. Oleh itu, Jabatan Pendidikan Khas, KPM telah mengeluarkan Buku Panduan Kemahiran Hidup (Jahitan) yang dapat membantu guru merancang, melaksana serta menilai proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan untuk mencapai matlamat kurikulum pendidikan khas. Berdasarkan sukatan pelajaran, bagi komponen jahitan PKBP, antara tajuk yang perlu dikuasai oleh murid ialah:
- Mengenal alatan jahitan
- penggunaan alatan jahitan
- keselamatan di bilik atau bengkel jahitan
- kebersihan bilik jahitan
- jahitan asas
- hasil kerja tangan / artikel mudah
- projek jualan hasil kerja jahitan
Kemahiran jahitan dapat membolehkan murid-murid khas mempunyai kemahiran asas jahitan yang diperlukan dalam kehidupan harian. Contohnya untuk membaiki pakaian yang koyak dan tetas, menampal, menjahit butang dan kancing yang tertanggal, membuat artikel mudah dan jika boleh dapat menjahit pakaian sebagai satu kerjaya pada masa depan. Oleh itu untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan banyak kaedah dan teknik yang boleh digunakan oleh guru supaya murid dapat menguasai kemahiran ini. Antaranya ialah:
- Belajar sambil bermain - mengenali alatan asas jahitan
- Latih tubi - menamakan alatan, menyebut nama alatan, memperkenalkan alatan melalui gambar, objek sebenar, memadankan gambar, memadankan gambar dengan perkataan.
- Tunjuk cara - mengenal bahagian-bahagian alatan, mengetahui fungsi alatan, mengetahui cara menggunakan alatan yang betul, cara penjagaan alatan
- Soal jawab - mengemukakan soalan
- Perbincangan - menerangkan peraturan, cara penggunaan, keselamatan penggunaan
- Amali - menggunakan alatan, menjaga alatan, mematuhi arahan dan peraturan
- Lawatan sambil belajar - pergi ke kedai alatan menjahit, kedai kraftangan, pameran hasil kerja jahitan
- Projek jahitan - menghasilkan artikel mudah, jahitan hiasan, mempamer hasil kerja jahitan, menjual hasil kerja murid
salam..kenapa tak update blog ni lagi?
BalasPadam