Selasa, 31 Ogos 2010

Menjahit Artikel Mudah

Langkah-langkah menjahit artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan:
  1. Tentukan artikel yang hendak dibuat seperti:
  • beg serba guna
  • apron
  • tuala gantung untuk pengelap tangan
  • pemegang periuk
  • lapik periuk
  • sarung tangan ketuhar
  • poket dinding
  • sarung kusyen
  • alas dulang

2. Sediakan pola asas artikel di atas kertas surih

3. sediakan kain / fabrik mengikut pola asas

4. menyusun pola yang dibuat pada kain yang hendak kita gunakan

5. sematkan pola dengan menggunakan jarum peniti

6. ambil gunting kain dan menggunting kain mengikut pola tersebut dengan betul

7. tandakan garisan pemadan pada kain

8. menjahit artikel dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan

9. menghias artikel yang telah dibuat dengan jahitan hiasan yang sesuai seperti:

  • jahitan insang pari
  • jahitan silang pangkah
  • jahitan sembat
  • jahitan lilit ubi
  • jahitan jelujur halus
  • jahit kia
  • menjahit artikel dengan renda

Rabu, 25 Ogos 2010

Menghasilkan Artikel Mudah

Untuk membuat artikel mudah, kita tidak perlu menggunakan bahan yang baru sahaja. Selain daripada bahan yang dibeli, kita juga boleh menggunakan bahan atau pakaian terpakai yang boleh dikitar semula. Bahan terpakai ini boleh dikitar semula untuk menghasilkan banyak artikel untuk kegunaan harian. Berikut ialah contoh bahan terpakai yang boleh digunakan untuk membuat artikel mudah bagi mengajar murid-murid pendidikan khas:
  1. pakaian lama - contoh: baju, kain batik, kain pelekat dan seluar
  2. kain yang besar -contoh: langsir, cadar, selimut

Selain pakaian lama, untuk menjimatkan kos, kita boleh membeli kain-kain yang dijual di pasar minggu atau pasar malam secara lelong. Kebanyakan kain ini ialah lebihan kaki kain, kain yang cetakannya tidak sempurna dan kain-kain yang diperolehi oleh penjual dari lebihan kilang pakaian.

Bahan-bahan ini boleh digunakan untuk menghasilkan artikel kegunaan harian oleh murid sama ada di rumah dan juga di sekolah. Antarannya ialah:

  1. bekas pensel
  2. uncang bagi bekas duit syiling
  3. beg kain
  4. cekak rambut
  5. pengikat rambut
  6. hiasan dinding
  7. beg bekas air
  8. alas pinggan
  9. alas dulang
  10. pemegang periuk