Khamis, 23 September 2010

Pisau Penetas
Digunakan untuk menetaskan benang bagi jahitan yang tidak kemas dan tidak elok. Berfungsi seperti penetas benang. Cara penjagaannya ialah gunakan hanya untuk menetas benang atau jahitan sahaja. Simpan bersama-sama alatan lain dalam kotak alatan.




Kapur Penanda
Digunakan untuk menanda bahagian yang hendak dijahit atau digunting. Kapur penanda banyak terdapat dalam pelbagai bentuk dan warna. Warna kapur akan hilang apabila fabrik dibasuh.







Pita Ukur

Mempunyai ukuran 150 cm panjang. Diperbuat daripada plastik atau kanvas. Kedua-dua pangkalnya berlogam. Mempunyai nombor dan tanda yang jelas pada kedua-dua belah pita ukur. Digunakan untuk mengukur bahagian yang hendak digunting atau dijahit. Cara penjagaannya ialah gulung longgar-longgar dengan nombor kcil dibahagian luar.

Jarum Peniti

Jarum yang halus, panjang dan tajam. Semasa digunakan, cucuk di kusion peniti. Digunakan untuk menyemat kepingan kain sebelum dijahit buat sementara. Cara penjagaannya ialah jarum perlu disimpan dalam kotak beralas dengan kertas penyerap supaya jarum peniti kering dan tidak berkarat.

Selasa, 14 September 2010

Fungsi Alatan Jahitan

1. Benang Jahit
Terdapat dalam pelbagai warna mengikut warna kain yang hendak dijahit. Benang akan digunakan untuk jahitan tangan dan juga jahitan mesin. Gunakan warna benang yang sama untuk menjahit pakaian ataupun warna yang lebih lembut. contoh benang putih untuk menjahit kemeja sekolah. Semasa menjahit lilitkan benang dan selitkan hujungnya agar tidak bersimpul.


2. Jarum Tangan
Jarum yang tirus dan tajam. Jarum yang selalu digunakan adalah bernombor 7, 8 dan 9. Digunakan untuk menjahit semua jahitan tangan pada kain. Jarum yang kasar dan panjang digunakan untuk menjahit pada kain yang tebal sementara jarum yang halus untuk menjahit kain nipis dan lembut. Angka 9-10 untuk kain yang halus, angka 12-14 untuk kain sederhana dan angka 14-16 untuk kain yang tebal. Jarum yang patah dan tumpul jangan dibuang merata-rata. Simpan jarum dalam bekasnya supaya tidak berkarat. Semasa digunakan, cucuk di kusion jarum.

3. Gunting Kain
Digunakan untuk menggunting kain. Ukuran panjang biasa dalam 20 cm. Sebelah mata gunting berbentuk bulat, sebelah mata runcing. Untuk gunting tahan lama, elak daripada jatuh dan tidak digunakan untuk menggunting benda lain seperti kertas. Minyakkan sendi-sendinya selalu. Simpan dalam sarung atau kotak gunting. Menggunting dengan berhati-hati supaya kain yang digunting berdasarkan pola yang dikehendaki. Ketika menggunting kain, mata gunting menghala ke hadapan supaya tidak mendatangkan kecederaan pada diri sendiri.

Selasa, 31 Ogos 2010

Menjahit Artikel Mudah

Langkah-langkah menjahit artikel mudah dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan:
  1. Tentukan artikel yang hendak dibuat seperti:
  • beg serba guna
  • apron
  • tuala gantung untuk pengelap tangan
  • pemegang periuk
  • lapik periuk
  • sarung tangan ketuhar
  • poket dinding
  • sarung kusyen
  • alas dulang

2. Sediakan pola asas artikel di atas kertas surih

3. sediakan kain / fabrik mengikut pola asas

4. menyusun pola yang dibuat pada kain yang hendak kita gunakan

5. sematkan pola dengan menggunakan jarum peniti

6. ambil gunting kain dan menggunting kain mengikut pola tersebut dengan betul

7. tandakan garisan pemadan pada kain

8. menjahit artikel dengan menggunakan mesin jahit atau jahitan tangan

9. menghias artikel yang telah dibuat dengan jahitan hiasan yang sesuai seperti:

  • jahitan insang pari
  • jahitan silang pangkah
  • jahitan sembat
  • jahitan lilit ubi
  • jahitan jelujur halus
  • jahit kia
  • menjahit artikel dengan renda

Rabu, 25 Ogos 2010

Menghasilkan Artikel Mudah

Untuk membuat artikel mudah, kita tidak perlu menggunakan bahan yang baru sahaja. Selain daripada bahan yang dibeli, kita juga boleh menggunakan bahan atau pakaian terpakai yang boleh dikitar semula. Bahan terpakai ini boleh dikitar semula untuk menghasilkan banyak artikel untuk kegunaan harian. Berikut ialah contoh bahan terpakai yang boleh digunakan untuk membuat artikel mudah bagi mengajar murid-murid pendidikan khas:
  1. pakaian lama - contoh: baju, kain batik, kain pelekat dan seluar
  2. kain yang besar -contoh: langsir, cadar, selimut

Selain pakaian lama, untuk menjimatkan kos, kita boleh membeli kain-kain yang dijual di pasar minggu atau pasar malam secara lelong. Kebanyakan kain ini ialah lebihan kaki kain, kain yang cetakannya tidak sempurna dan kain-kain yang diperolehi oleh penjual dari lebihan kilang pakaian.

Bahan-bahan ini boleh digunakan untuk menghasilkan artikel kegunaan harian oleh murid sama ada di rumah dan juga di sekolah. Antarannya ialah:

  1. bekas pensel
  2. uncang bagi bekas duit syiling
  3. beg kain
  4. cekak rambut
  5. pengikat rambut
  6. hiasan dinding
  7. beg bekas air
  8. alas pinggan
  9. alas dulang
  10. pemegang periuk

Khamis, 13 Mei 2010

Keselamatan Menggunakan Gunting

1. Mata gunting hendaklah dirapatkan ketika tidak digunakan.
2. Pegang gunting dengan berhati-hati ketika menggunting kain.
3.ketika menyerahkan gunting kepada rakan, hulurkan dengan memberikan bahagian pemegang gunting.
4. Semasa menggunakan gunting, tumpukan perhatian pada mata gunting semasa digunakan
5. Minyakkan sendi gunting dan lapkan habuk sebelum gunting disimpan dalam kotak atau bekasnya.

PANDUAN KESELAMATAN DIRI

Penggunaan Jarum Tangan

1. Pegang jarum dengan menggunakan jari telunjuk dan ibu jari.
2. Perhatikan jari semasa memegang jarum. Jangan tercucuk jari.
3. Hujung jarum menghala ke bawah.
4. Semasa menggunakan jarum, tarik jarum menghala ke hadapan bukan ke atas supaya tidak tercucuk mata.
5. Ketika berhenti menjahit, letakkan jarum pada span pencucuk jarum.
6. Jangan sepahkan jarum apabila tidak digunakan. Simpan dalam bekasnya semula.
7. Jarum yang telah patah, berkarat atau tumpul, jangan dibuang merata-rata.

Selasa, 26 Januari 2010

Jenis-jenis Mesin Jahit

Terdapat 4 jenis mesin jahit:
1. Mesin Tangan
Mesin tangan boleh dibawa ke sana sini, tetapi kerja menjahit lebih lambat.
2. Mesin Kaki
Mesin kaki lebih mahal dari mesin tangan dan dijalankan melalui gerak kaki. Ia boleh disimpan dan ditutup
seperti sebuah meja.
3. Mesin Jahit Elektrik
Mesin jahit elektrik terdiri daripada jenis mesin tangan dan juga mesin kaki yang digerakkan dengan motor
elektrik. Untuk menjahit, pengguna perlu menekan pemijaknya. Ia menjimatkan masa dan tenaga tetapi
harganya lebih mahal.
4. Mesin Jahit Automatik
Mesin jahit ini paling moden. Terdapat pelbagai jenis mata jahitan boleh didapati pada mesin ini. Ini
membolehkan beberapa bentuk dan proses jahitan yang rumit dapat dilakukan dengan baik. Harganya lebih
mahal berbanding mesin jenis lain. Pengguna perlu lebih cekap menggunakan mesin ini.