Rabu, 25 Ogos 2010

Menghasilkan Artikel Mudah

Untuk membuat artikel mudah, kita tidak perlu menggunakan bahan yang baru sahaja. Selain daripada bahan yang dibeli, kita juga boleh menggunakan bahan atau pakaian terpakai yang boleh dikitar semula. Bahan terpakai ini boleh dikitar semula untuk menghasilkan banyak artikel untuk kegunaan harian. Berikut ialah contoh bahan terpakai yang boleh digunakan untuk membuat artikel mudah bagi mengajar murid-murid pendidikan khas:
  1. pakaian lama - contoh: baju, kain batik, kain pelekat dan seluar
  2. kain yang besar -contoh: langsir, cadar, selimut

Selain pakaian lama, untuk menjimatkan kos, kita boleh membeli kain-kain yang dijual di pasar minggu atau pasar malam secara lelong. Kebanyakan kain ini ialah lebihan kaki kain, kain yang cetakannya tidak sempurna dan kain-kain yang diperolehi oleh penjual dari lebihan kilang pakaian.

Bahan-bahan ini boleh digunakan untuk menghasilkan artikel kegunaan harian oleh murid sama ada di rumah dan juga di sekolah. Antarannya ialah:

  1. bekas pensel
  2. uncang bagi bekas duit syiling
  3. beg kain
  4. cekak rambut
  5. pengikat rambut
  6. hiasan dinding
  7. beg bekas air
  8. alas pinggan
  9. alas dulang
  10. pemegang periuk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan